Di Penghujung Senja
Kaulah Mata Hatiku
Sayang Marlini
Lagu Rindu
Secerah Sinar Mentari
Kerana Ayah
Impian kasih
Mengikir dendam mengukir sayang
DI penghujung senja itu, dia berjalan mencari sebuah harapan. Harapan yang tidak pernah kunjung tiba. Hatinya teringin benar hendak melontar sebuah keluhan tetapi bimbang pula jika keluhan itu akan menjadi rutin hidupnya kelak.
HEMBUSAN bayu pantai ini kurasakan belaiannya sedingin salju. Tidak begitu terasa panas yang menggigit kulit meskipun kutahu sang mentari sedang galak bersinar.
SENYUMANNYA yang sedari tadi menguntum kian pudar apabila sepasang matanya menyorot sebuah kereta berwarna perak yang menuju masuk menyusur denai yang tidak bertar di hadapan rumah usang peninggalan kedua-dua orang tuanya.
“IA dah balik!”
Saya tidak menyahut pada patah kata yang diucapkan oleh Hayani. Ucapan separuh berbisik itu tidak berbekas di hati saya.
“Dia dah balik! Kau dengar tak apa yang aku cakap!”
“JANGAN berputus asa kerana setiap penyakit ada ubatnya, kesusahan ada tepinya dan rezeki ada lombongnya.
Gagal tidak bererti kita akan gagal untuk selama-lamanya.
INTAN merenung jauh lautan biru yang terbentang luas di hadapannya.Masih terngiang-ngiang di telinganya kata-kata yang dilafazkan Helmi, insan yang mendorongnya untuk mencapai cita-cita. Intan melepaskan keluhan kecil.
“IMPIAN itu adalah impian kita bersama.” Anak mata hitam itu merenungnya tajam. Maisarah membalas renungan itu lembut. Bibirnya mengukir senyuman manis.
GEMILANG majlis perkahwinan Kak Long tiba-tiba disambar angin gempar! Bukan kerana ribut melanda, tidak juga kilat sabung menyabung malah hujan juga tidak turun walau setitis. Tapi, gempar dan gegak gempitanya lebih daripada pukulan ribut mahupun terjahan ombak ganas hanya kerana sebentuk cincin berharga 100 ringgit! “Mak, Kak Long tak ambil, Kak Long tak sorok.
No comments:
Post a Comment